

Antara Wajah Peserta Yang Menyertai Program Motivasi & Sahsiah Diri Ini
Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh Jazim Motivation Group ialah Ice-Breaking, Mind Setting, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Ceramah Motivasi, Slot Muhasabah Diri, Team Building, Tasmik Bacaan Solat, Public Speaking, Riadah, Solat Berjemaah, Qiammullail Dan Slot Group Identity. Menurut Pengarah Urusan Jazim iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin, Program ini telah berjaya membuka minda peserta untuk lebih maju kehadapan dan bersedia melakukan perubahan dalam diri atas kehendak dan anisiatif diri demi kemajuan dan masa depan mereka dalam menghadapi dunia yang penuh mencabar. Terima kasih buat semua barisan fasilitator saya yang terdiri daripada sahabat ayie, hizudin, lokman, zulhelmi, fakhrul, mubarak dan zul kuis. Saya mengharapkan agar adik-adik ini terus diberikan peluang dan ilmu yang bermanfaat agar mereka lebih berasa yakin dan jati diri mereka lebih utuh.
Salah Satu Kumpulan Membentangkan Hasil Kerja Logo Kumpulan Mereka
Secara keseluruhannya para peserta dapat mengikuti setiap aktiviti dengan baik dan dari riak wajah peserta ternyata mereka seronok beraktiviti dengan disulami roh islam dalam diri mereka. Majlis Perasmian Penutup telah diadakan di tingkat 2 Masjid Selat ini. Apa yang menarik, Majlis Perasmian Penutup ini telah dirasmikan sendiri oleh Lembaga Pengarah Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz iaitu Datuk Amid Bin Nordin yang juga merupaka Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Melaka. Berikut dipaparkan beberapa gambar berkaitan aktiviti yang telah dijalankan bersama Jazim Motivation Group di sana :



Pihak Jazim Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz Melaka kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak Jazim bagi mengendalikan program ini sepenuhnya. Doa dan harapan agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. InsyaAllah....
SELAMAT BERJUANG BUAT ADIK-ADIK RBL DDM DARIPADA JAZIM GROUP
wah bestnye ..
ReplyDelete