Thursday, February 3, 2011

PERASAANKU, PERASAAN MEREKA DAN KASIH SAYANGNYA

Salam cinta buat semua..

Bulan februari merupakan bulan yang sudah cukup menguji kekuatan hati, mematangkan daya fikiranku dan melihat segala permasalahan dengan lebih kuat. Allah maha mengetahui segalanya. dan Allah juga yang mengetahui tentang isi hati dan apa yang berada dalam diriku. 

Benarkah perasaan hatiku selama ini mampu memberikan masa depan pada masa akan datang. Ya!! aku yakin aku mampu untuk membuat lebih baik bahkan menjadi yang terbaik dari orang lain. Aku sangat bersungguh, beriakan dengan janji & aku pasti akan kotakan janji. damainya rasa hati bila aku teringat masa bersama dan sehingga kini message yang ku dapat dari naluri hati begitu kuat untuk aku menyayangi. banyak seminat telah aku pergi dan dengar benda yang sama mengenai cinta. 

Ahh.. aku tak suka untuk menceritakan mengenai cinta kerana bagi ku biarlah jika seseorang itu bercinta sekalipun hanya simpan dan pahat dalam hati. Tapi atas perkongsian yang mungkin berguna aku cuba untuk mencoretkan yang terbaik. Namun timbul juga persoalan dan ujian dalam kehidupan, apakah jika keluarga tidak memberi @ menggalakkan, perlukah jika cinta dan kasih sayang itu terkubur?? kadang-kadang kita juga memikirkan  tentang kelembutan hati, keikhlasan diri dan yang paling penting perubahan hati untuk merestui.



Sahabat..
sebenarnya bercinta itu banyak halangannya kerana Allah masih sayang. Oleh itu, dengan bercinta kita kena berhati-hati supaya tidak tersilap langkah. Benar, manusia itu tidak pernah untuk tidak melakukan kesalahan. pasti ada kesilapan yang dilakukan. Dan kesilapan itu adalah pengajaran yang paling bernilai dalam hidup serta orang lain tidak mampu untuk merasainya.
tapi, amatlah sedih jika seorang itu telah kembali ke jalan yang baik namun ia masih tidak di terima!! apakah kesilapan dan perasaan dendam berada dalam hati?? Segalanya Allah lebih mengetahui dan kita sebagai pesalah hanya mengharapkan belas ihsan dari manusia dengan meminta sebanyak doa pada Allah agar dibukakan hati dan kelembutan budi. Ingatlah sahabat, gunakanlah pengajaran yang kita dapat untuk masa depan dan sebagai benteng perhatian kita dalam melakukan segala perbuatan.

Allahmdulillah, petunjuk dari Allah eloklah kita di tegur dari awal lagi tempoh hari dan kita patut bersyukur kerana Allah masih sayangkan diri ini. Saat diri perlu rasa akur dan insaf dengan kesilapan dan kita perlu sedar inilah kesilapan manusia yang telah memberi pengajaran yang baik dan berguna pada diri kita. Untuk pengetahuna semua, dalam kehidupan ini kita akan pasti dapat merasakan yang kita mungkin telah melangkah satu tapak lagi kehadapan untuk menjadi insan yang baik. Saya sudah merasainya.Saya bersyukur.
JANJILAH DALAM DIRI UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN!!