Sunday, March 20, 2011

Beramal Dan Bermaksiat, Apa Bezanya?



Pernah dengar mengenai teori "classical conditioning" di mana-mana?


Sama ada melalui buku-buku, majalah ataupun di internet?

"Classical conditioning" merupakan keadaan pemesongan minda yang mengarahkan anggota badan kita bertindak mengikut corak tertentu dengan didedahkan kepada stimulus tertentu.
Kajian asal mengenai "classical conditioning" telah didemonstrasikan oleh seorang saintis psikologi Russia, Ivan Pavlov pada tahun 1927. Ivan Pavlov menggunakan seekor anjing sebagai bahan ujikajinya untuk melihat respon anjing tersebut terhadap dua stimulus dalam dua keadaan yang berbeza:
*stimulus pertama – stimulus asal bersifat kekal
*stimulus kedua – stimulus tambahan, disertakan dengan stimulus pertama
Langkah pertama: Anjing tersebut pada asalnya menunjukkan reaksi normal dengan menjelirkan lidah setelah diletakkan seketul tulang kegemarannya.

Langkah kedua: Anjing tersebut didedahkan dengan "tuning fork" yang dibunyikan dengan nyaring. Tiada reaksi.

Langkah ketiga: Tulang kegemarannya diletakkan di hadapan dan dalam masa yang sama, "tuning fork" turut dibunyikan dengan nyaring. Reaksi asal; anjing tersebut menjelirkan lidah terjadi.

Langkah keempat: Tulang kegemaran dialihkan, "tuning fork" dibunyikan sekali lagi. Anjing berkenaan menjelirkan lidah.
Dapat disimpulkan bahawa anjing itu sendiri telah keliru dengan yang manakah respon yang sepatutnya diberikan seperti sebelum eksperimen tersebut dijalankan.
Kita manusia, mahukah jadi seperti anjing tersebut?
Kita sendiri jadi keliru, mana yang betul, mana yang salah, mana yang halal, mana yang haram.
Apa yang menyebabkan minda kita terpesong dalam beramal? Sekejap beramal, sekejap buat maksiat. Mungkinkah teori "classical conditioning" kerap berlaku dalam diri kita setiap hari?
Kita tengok ada yang bergaul bebas, perkara biasa.
Kita tengok ada yang yang tak tutup aurat, perkara biasa.
Kita tengok ada yang pandang ringan solat, pun perkara biasa.
Biasalah, dunia zaman sekarang.
Lama kelamaan, perkara biasa itulah yang terbiasa dengan kita. Semuanya terasimilasi dengan hidup kita. Orang lain buat, kita duduk sama, kita tengok saja, duduk diam dan buat-buat buta. Apa bezanya keadaan ini dengan stimulus kedua?
Alih-alih, jadilah kita seperti anjing eksperimen di atas.
Beramal dan bermaksiat nampak sama saja.
Moga menjadi peringatan untuk semua dan diri ini yang sentiasa alpa.


Monday, February 28, 2011

JOM BEREHAT DENGAN "ujian personaliti"


Situasi:

Bayangkan anda sedang berjalan di dalam hutan belantara, anda ternampak sebuah pondok…

Soalan 1:
Bagaimanakah keadaan pintu tersebut…?
(Terbuka / Tertutup)

Anda memasuki pondok tersebut dan nampak sebuah meja…

Soalan 2:
Apakah bentuk meja itu?
(Bulat / Oval / Segiempat tepat / Segiempat / Segitiga)

Di atas meja itu ada pasu bunga…

Soalan 3:
Banyak manakah isi air yang ada dalam pasu bunga itu?
(Penuh / Separuh / Kosong)

Soalan 4:
Pasu itu dibuat daripada apa?
[(kaca / porcelain / tanah liat )( logam / plastik / kayu)]

Anda keluar dari pondok itu dan ternampak air terjun dari kejauhan….

Soalan 5:
Berapa lajukah air terjun
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Kemudian anda terpijak di atas sesuatu benda yang keras, anda lihat ke bawah dan terlihat kilatan warna keemasan rantai kunci bersama anak kunci.

Soalan 6:
Berapa banuakkah bilangan kuci yang ada?
(pilih julat jawapan 0 hingga 10)

Anda meneruskan perjalanan. Tiba-tiba ternampak sebuah istana….

Soalan 7:
Apakah keadaan istana itu?
( Lama / Baru)

Anda memasuki istana itu dan ternampak sebuah kolam yang mengandungi air kotor dan terdapat permata-permata yang berkilau terapung di atasnya…

Soalan 8:
Adakah anda akan mengambil permata itu?
(Ya / Tidak)

Sebelah kolam yang kotor itu terdapat sebuah lagi kolam dengan air yang bersih dan terdapat banyak wang terapung di atasnya...

Soalan 9:
Adakah anda akan mengambil wang itu?
(Ya / Tidak)

Anda berjalan mengelilingi istana itu hingga ke jalan keluar. Anda keluar dari istana itu dan masuk ke dalam sebuah taman yang luas. Anda ternampak sebuah kotak di atas tanah.

Soalan 10:
Apakah saiz kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

Soalan 11:
Kotak itu diperbuat daripada apa?
( cardboard / kertas / kayu / logam)

Tidak jauh dari situ terdapat sebuah jambatan.

Soalan 12:
Jambatan itu diperbuat daripada apa?
( logam / kayu/ rotan)

Diseberang jambatan ada seekor kuda

Soalan 13:
Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

Soalan 14:
Apa kuda itu lakukan?
( tidak berbuat apa-apa / makan rumput / berlari)

Tiba-tiba datang angina puting beliung.. Anda ada 3 pilihan:
(i) lari dan masuk bersembunyi di dalam kotak?
(ii) lari dan masuk bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari dan menaiki kuda keluar dari situ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah analisa kepada jawapan anda
:
(1) Pintu:
Terbuka - anda bersedia berkongsi apa saja cerita kehidupan anda
Tertutup - anda lebih senang menyimpan cerita-cerita anda di dalam hati

(2) Meja:
Bulat/oval – Anda mudah percaya sepenuhnya kepada mana-mana kawan anda
Segiempat tepat / segiempat – Anda seoerang yang memilih kawan dan keluar dengan kawan-kawan yang skepala sahaja
Segitiga – Anda seorang yang cerewet tenatng berkawan… anda tidak mempunyai ramai kawan dalam hidup

(3) Air dalam pasu:
Kosong – Hidup anda tidak terisi
Separuh – Apa yang anda mahu dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh - Apa yang anda mahu dalam hidup sudah tercapai

(4) Bahan pasu:
kaca/tanah liat/porcelain – anda seorang yang lemah dan sensitif
logam / plastik / kayu – anda kuat dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan

(5) Kelajuan air terjun:
0 – tiada keinginan seks
1 to 4 - keinginan seks yang rendah
5 - keinginan seks yang sederhana
6 to 9 - keinginan seks yang tinggi
10 - keinginan seksual yang sangat tinggi

(6) Kuci:
1 – hanya ada 1 kawan baik
2 to 5 – ada beberapa orang kawan baik
6 to 10 – ada ramai kawan baik

(7) Istana:
Lama – hubungan terakhir anda dengan seseorang tidak begitu baik dan tidak meninggalkan kenangan indah.
Baru - hubungan terakhir anda dengan seseorang adalah baik dan masih segar dalam hati

(8) Permata di dalam kolam kotor:
Ya – bila pasangan anda ada di samping anda, anda masih memikat orang lain.
Tidak - bila pasangan anda ada di samping anda, anda hanya bersama dengannya.

(9) Wang di dalam kolam bersih:
Ya – walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda masih memikat orang lain
Tidak - walaupun pasanagn anda tiada di samping anda, anda akan sentiasa memikirkannya dan setia.

(10) Saiz kotak:
kecil – ego yang rendah
sederhana – ego yang sederhana
besar – ego yang tinggi

(11) Bahan kotak:
cardboard/kertas/kayu(tidak berkilat) – personaliti yang rendah diri
logam – berbangga dengan diri sendiri

(12) bahan jambatan:
logam – ikatan yang kuat dengan kawan-kawan
kayu - ikatan yang sederhana dengan kawan-kawan
rotan - tidak begitu rasi dengan kawan-kawan

(13) Warna kuda:
putih – pasangan anda tulus di hati anda.
kelabu/ coklat – pasangan anda sederhana sahaja di hati anda.
hitam – pasangan anda tidak begitu sempurna di hati anda, ada saja perkara yang menyakitkan hati.

(14) Kelakuan kuda:
tidak berbuat apa-apa/ makan rumput – pasangan anda seorang yang suka duduk di rumah dan begitu rendah diri
berlari – pasangan anda adalah seorang yang liar.

Kiasan:
putting beliung – maslaah dalam hidup
kotak - anda
jambata – kawan-kawn anda
kuda – pasanagan anda

(i) jika anda pilih kotak, anda seorang yang suka memendam dan menyelesaikan masalah anda sendiri
(ii) jika anda pilih jambatan, anda akan berjumpa kawan-kawan untuk menyelsaikan masalah
(iii) jika anda pilih kuda, anda mencari pasangan anda untuk menyelesaikan masa

hehehhe

Thursday, February 24, 2011

Senyum itu ibadah & sedekah ^^,

Rasulullah SAW bersabda bahawa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit.

 SENYUM SEINDAH SURIA


 BINATANG JUGA DIKURNIAKAN OLEH ALLAH UNTUK BERSENYUM


SENYUM BUKAN UNTUK ORANG KAYA, BERHARTA TAPI SENYUM ADALAH UNTUK SEMUA...


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Salah seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).

Meskipun ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan.

Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).

Mungkin kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang langsung boleh dinikmati penerima dalam bentuk barangan. Hal itu juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya.

Kerana itu, tidak semestinya seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah, tentulah hal itu menjadi mustahil.

Di antara keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah).

Dari Sayyid Ali Ar-Ridha, dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh macam bencana.”


Wallahu alam

CUBA PERHATIKAN DALAM DIRI KITA SEMUA!!!! BERSALAHKAN??

Motivasi memainkan peranan yang amat penting dalam diri. Banyak sebenarnya cara nak motivasikan diri ini. cuma nak @ tak nak je. keperluan mendapatkan mitivasi amat penting kerana dengan mortivasi akan memberikan kita kesedaran, kekuatan untuk membentuk jati diri. lihatlah berapa ramai dalam kalangan masyarakakt kita yang kurang motivasinya???? Dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa bahkan golongan tua juga tidak terlepas dari tergelincir pada jalan kebenarannya.


ANAK-ANAK MAMPU BERUBAH DAN INGINKAN PERUBAHAN TERMASUK PADA IBU BAPA


"Sebenarnya diri ni tidak layak untuk menceritakan mengenai motivasi tetapi perkongsian ilmu itu adalah penting walau satu huruf"

Kawan, kalu dulu kita sebagai kanak-kakan pernah tak kita fikir tentang dosa? Pernah tak kita fikir tentang perasaan mak ayah? Perasaan guru? Perasaan oragn tua?? Jarang sekali bukan? Mengapakah keadaan ini berlaku? Sebabnya mudah!! Kita perlu belajar dan mendapat pengalaman dan motivasi sebenarnya. Jika pengalaman diri mahupun pengalaman orang lain dapat kita selami, insyaAllah kita akan menjadi yang lebih baik dan terbaik.

 Banyak program-program motivasi yang di ilhamkan oleh pihak sekolah dari peringkat rendah sampai kepada peringkat menengah. Hal yang di tonjolkan ialah mengenai masalah-masalah..masalah...aduhh...lagi-lagi maslalah sosial kan? kadang kita malas nak dengar, tapi itulah realiti yang perlu diberi pendedahan. 
jika saya tanya kan pada anda yang berada di ruangan ini secara jujurnya menjawab persoalan yang saya akan lontarkan. BOLEH TAK??? JAWAB DALAM HATI YE.....

1) SIAPA SAYANG MAK & AYAH?
2) SIAPA YANG PERNAH JEMU DENGAN MAK & AYAH ?
3) SIAPA YANG PERNAH MENCURI DUIT MAK & AYAH WALAU 10 SEN?
4) SIAPA YANG PERNAH MENCARUT PADA MAK & AYAH?
5) SIAPA YANG PERNAH TERLINTAS DALAM HATI BAHAWA MAK & AYAH ITU TIDAK PENTING?
6) SIAPA YANG PERNAH LARI KELAS TAMBAHAN, KULIAH, KELAS MENGAJI TANPA PENGETAHUAN MAK & AYAH?
7) SIAPA YANG PERNAH MENONTON GAMBAR DAN VIDEO LUCAH?
8) SIAPA YANG PERNAH MENGANGGAP KEKASIHNYA LAGI PENTING DARI MAK & AYAH?
9) SIAPA YANG PERNAH BERBOHONG DENGAN MAK & AYAH?

Soalan terkhir saya, SIAPA SAYANG MAK & AYAH???

Adakah ini satu pembohongan dalam diri anda dengan pengakuan sebegini?? cuba selami, memahami, fikir secara mendalam...berapa agaknya kesilapan kita kepada mak & ayah... Ingatlah kawan-kawan, Allah sentiasa membuka pintu taubat dan pintu doa untuk hambaNya.
SEMOGA KITA MENJADI INSAN YANG SOLEH & SOLEHAH. MINTA MAAF JIKA BERASA BERSALAH PADA INSAN KERANA ITULAH JALAN ISLAM!!