Saturday, January 8, 2011

Jangan Berbangga......Kerana.......

Jangan Berbangga dengan Calvin Klein & Armani Exchange anda kerana…. Pakaian Terakhir anda adalah Seikat Kain Putih… & perfume anda adalah kapur barus.. ''

Jangan Berbangga dengan fesyen terbaru dan jenis kain mahal yang menyarung tubuh anda kerana….Kain Terakhir anda adalah Kain Kafan yang tidak Berjahit Tepi….

Jangan Berbangga dengan Evo10, BMW & Caldina GTfour anda kerana…. Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…''

Jangan Berbangga dengan Banglo dan Kondo anda kerana….......... Tempat Pe... ri... sti... rehatan anda yang terakhir adalah Kubur….

Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana….. Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Ulat....

Jangan Berbangga dengan Kekayaan dan Duit Anda yang Banyak kerana….Akhirnya Semua Itu Menjadi Milik Kerabat yang Ditinggalkan…

Jangan Berbangga dengan Jawatan dan Gelaran Kebesaran anda kerana….Akhirnya Anda Dipanggil Oleh Munkar & Nakir Dengan Nama Sebenar anda…

Jangan Berbangga dengan Jasa dan Kebaktian yang anda tabur kerana....Akhirnya, Jangankan Segala Jasa Anda, Dengan anda-anda sekali Semua Orang akan Lupakan....
 Kita Semua Sama Di Dalam Tanah

 Ini Untuk Apa???

Siapa Penemanmu Selepas ini??

SIAPA DIA KAWAN?? BY Fakhrul Islam

Ada org mempunyai kawan yg baik, Jalan bersama, Makan bersama, Belajar bersama tp apakah ianya hanya seketika??atau berada di Universiti @ disuatu tempat sahaja??@ kerana terpaksa??Tetapi ada org mempunyai sahabat yg baik,memahami rakannya n ikhlas dlm persahabtn..


Ada orang punyai kawan mempunyai nilai yg buruk untuk memecahkan blok-blok kesejahteraan bersama kawannya..Padahal ia kelihatan baik, Sempurna dan di harapkan untuk menjadi kawan..Sekarang luahan kata-katanya tidak boleh dipercayai..Perbuatanya lebih menikam diri sahabat dari belakang..Apakah tujuan dan nilai sebenarnya? Hati telah mencuba untuk mendekatinya tp kemanisanya untuk bersahabat dgnnya sangtlah jauh, bahkan sesekali tidak..aku tidak menemui sahabat sejati lagi tetapi mempunyai kawan beribu-ribu..mungkin kawan sejati untukku adalah pasangan hidupku kelak, Moga Allah memberkati setiap tindakan dan tingkahlakuku untuk terus munajat memohon keadaNya. 


 hargai la teman sejati anda

Bersahabatlah kerana keikhlasan hatinya


Wahai temanku,ingatlah saat kau berkawan sekiranya ia tidak memberi sedikit pun kesan yg baik untuk dirimu ia bukanlah sahabat yg sejati..Kawan mungkin ramai ditemui tp sahabat sejati amatlah sukar sekali..ia dtg tidak kite ketahui, Tp hargai dan jagalah apabila ia hinggap di hati..Kepandaian,kekayaan,penampilan ia bukan ukuran untuk menilai siapa sahabt sejati tp dengan hati ia menilai dengan perasaan walaupun ia hanya segumpal darah yg lembut..Percayalah sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan ia menjadikan kita semua ada teman sejati tp kita tidak melihat dgn mata tapi kita dpt rasai..Sahabatku, aku juga bukanlah seorang yg baik tp berbekalkan ilmu dan pengalaman,Ku coretkan sedikit luahan hati untuk yang bernama sahabat..percaya pada diri jika tiada siapa yg mempercayaimu, Hargailah diri jika tiada siapa yg menghargai dirimu..Maruah adalah hak kita dan Allah serta agama..jagalah ia dgn benteng keimanan..Moga ketemu sahabat yg ikhlas dgnmu.

ikhlas dariku-fakhrulislam

Pembersihan Kubur ( ‘kau’ dan Aku) 12 APRIL 2010 by Fakhrul Islam

Assalamualaikum ya ahl diyar(ahli kubur). Pagi yang mulia hari ini (12 APRIL 2010) mencacit peluang sejarah apabila sebahagian warga kolej menyertai aktiviti gotong-royong Pembersihan Kubur di tanah perkuburan Islam, Ulu Bernam Selangor. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Unit Dakwah (Lembaga & Pembangunan Sahsiah) Kolej Ungku Omar. Program ini bukan sahaja dilibati oleh warga Kolej KUO, tetapi ada rakan kita dari KHAR, KZ dan KAB yang turut serta. 




Tahniah!! Saya berasa terharu, teruja melihat rakan-rakan seperjuanganku yang turut serta mengorbankan masa, tenaga dan penat untuk mengambil inisiatif @ peluang ibadah ini. Program ini bermula sejak awal pagi iaitu pukul 7.45pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Melihat keagungan dan menghirup udara segar kurniaan Allah, sedar tidak sedar perjalanan yang mengambil masa 20 minit untuk sampai dengan sejauh 1.2 km tidak mengundang rasa penat kami. Mungkin niat keikhlasan menutup liang-liang ‘penat’ ini. Tugas yang diberikan dijalanlan dengan penuh tanggungjawab, muslimat membasuh batu nisan, mengaut sampah, cabut rumput. Muslimin pula menebas, mencangkul, mencantas pokok, menyabit dll. Best tak??=) 




Alhamdulillah,


 Turut serta bagi menjayakan program kebajikan ini ialah Nazir kawasan Ulu Bernam dan beberapa orang Ajk masjid n penjaga kubur turut memberi kerjasama yang baik. Sempat juga bergambar kesemua ahli/peserta yang terlibat bersama Ajk masjid. Untuk makluman, gambar bersama akan dimuatkan di dalam aktiviti masjid Ar-Rahman Ulu Bernam untuk dilihat sendiri oleh JAKIM. Sebahagian gambar yang diambil ketika sesi gotong-royong juga akan dimuatkan di dalam warta kampus UPSI. Tahniah kepada semua yang terlibat dan bertuah. 




Walapun begitu, ‘jeles’ juga melihat teman-teman ada yang pening dan di sengat penyengat. Apakah pahala @ ganjaran kamu lebih!! Ini yang membuatkanku jeles!! Apalah sangat tenaga yang diberi Allah, tangan & kaki kurniaan Allah kita melakukan untuk mendapat ganjaran dariNya. Mudah-mudahan program sebegini dapat memberi sedikit keinsafan dalam hati, rasa takut kepada kematian. Kematian itu PASTI!! Kita bertuah tadi kerana dapat 3 perkara utama iaitu ILMU, IMAN & PENGALAMAN. Gunalah pengalaman ini untuk kita renungi kepada saudara kita yang berada di dalam kubur itu. Moga aktiviti sebegini mampu memberi seribu keinsafan dan kerendahan diri. Kaya, miskin, berpangkat & harta itu bukan ukuran. Kita akan dibungkus dengan ‘kain’ yang sama nanti, tanah yang sama nanti, ulat yang sama akan meratah kita nanti, disoal dan dinilai dengan soalan yang sama nanti. Sekian dari sahabatmu Muhammad Fakhrul Islam.
p/s: Sijil akan diberi dan akan dimaklumkan insyaAllah.

Para Peserta Gotong-Royong, Ulu Bernam selangor

Untukku dan dirimu sahabat ikhlas dari karanganku (Fakhrul Islam)

Aku bukan golongan yang cerdik pandai, aku juga bukan senarai tokoh ilmuan yang hebat. Mungkin kata-kataku ini kau pandang sebelah mata dan aku juga tidak mengharapkan kau berpaling kearahku. Tetapi dengarlah, aku cuba untuk memahami dirimu sebaiknya agar engkau faham tentang statusku yang bernama sahabat.

Dalam kekalutan menyelesaikan masalah, kita dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dengan masalah dirinya, masalah keluarganya, masalah perasaannya. Mungkin kita tidak diuji dengan kekuarangan harta, tetapi yakinlah kita akan diuji dengan jiwa dan perasaan. Allah s.w.t merakamkan didalam al-Quran pada surah al-Baqarah(155):

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkan berita gembira kepada orang yang sabar”


Wahai sahabtku, sesungguh ujian dari Allah itu adalah anugerahNYa. Dia ingin melihat hambanya yang bersabar kemudian menjanjikan orang yang sabar itu tempatnya di dalam syurga. Mengapa kita perlu mengeluh bila ditimpa musibah @ kecelakaan?sedangkan Allah menantikan tindakan KESABARAN kita? Sedangkan Allah menantikan tindakan syukur kita kepadaNYa? Jika kamu ditimpa musibah, ingatlah bahawa tujuan asal kita dicipta untuk menjadi khalifah bukan menjadi seorang yang dilema dek masalah. Khalifah itu adalah ketua, kita adalah ketua samada ketua yang memandu diri sendiri @ orang lain kearah hidup yang damai dan harmoni, Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30:

“......Aku ingin menjadikan khalifah dimuka bumi......”


Sahabat, jika kita menganggap diri kita ini seorang yang menanggung masalah yang besar, ingatlah bahawa orang lain mempunyai masalah yang lagi besar dari kita. Kita masih ada keluarga, jiran dan rakan-rakan, Bagaimana dengan saudara Islam kita di Iraq?Afghanistan? mereka tiada punyai keluarga lagi, tempat tinggal, makan dan minum. Hidup sebagai pelarian ditempat sendiri!! Jika kamu dilema dek kerana perasaan cinta, yakinlah ada orang yang mempunyai pengalaman perit ketika bercinta, berapa ramai yang kehilangan pasangan sebelum menganjak ke alam perkahwinan akibat kematian(kemalangan dan dll).


Biarlah kita ditikam oleh keluarga sendiri asalkan hak yang benar kita tegakkan. Jika ada masalah keluarga berbincanglah itu lebih baik dari bermasam muka. Bukanlah sebab musabab kita ikut ahli keluarga kita itu akan mendapat keberkatan n keredhaan Allah tetapi ikutlah al-Quran dan Sunnah. Belajarlah dengan sifat yakin dalam diri dan jangan mencampakkn dirimu kedalam lembah kebinasaan. Bukan titis keturunan, bukan sama kumpulan darah yang akan dijanjikan Syurga tetapi yang menjanjikannya orang yang mengikut al-Quran dan Sunnah.


Binalah takwa dalam dirimu sahabat.
Belajarlah erti kefahaman, faham diri dan orang lain. Kita hendak disayangi tetapi belajarlah untuk menyayangi. Hormat org lain jika kita mahu dihormati.Peritnya pengkhianatan!Peritnya tiada kesetiaan! Mohonlah petunjuk daripada Allah jika kamu ditimpa masalah dan keraguan.Janganlah serahkan urusan diri kepada orang lain kerana ia amat berbahaya. Teringat kata-kata Ali Zainul Abidin (cucu Nabi s.a.w):


“Ya Allah ya tuhanku, jangan KAU serahkan urusan diri kepada diriku kerana aku tidak mampu untuk menguruskannya, dan jangan KAU serahkan urusan diriku ini kepada orang lain keranan mereka akan membelakangi aku( yakni membinasakan aku)”


Serahlah urusan diri kita kepada Allah. Bersabarlah! Sahutlah seruan KEREMAJAAN ini dengan semangat, belalah diri dengan ILMU dan AMAL! Zaman remaja adalah zaman cabaran tetapi zaman yang menyeronokkan jika kita berada pada landasan yang betul. Bodohnya seorang remaja yang memandulkan anugerah Allah ini dengan kehampaan @ dengan kerana masalah yang sedikit ini. Binalah zaman remaja ini untuk membela diri, keluarga dan agama. Belajarlah erti KEMAAFAN!! Tulisan ini KU nukil untuk diriku dan khas untukmu yang bergelar sahabat.


Dari: Muhammad Fakhrul Islam bin Md.Zarin