Saturday, January 8, 2011

Pembersihan Kubur ( ‘kau’ dan Aku) 12 APRIL 2010 by Fakhrul Islam

Assalamualaikum ya ahl diyar(ahli kubur). Pagi yang mulia hari ini (12 APRIL 2010) mencacit peluang sejarah apabila sebahagian warga kolej menyertai aktiviti gotong-royong Pembersihan Kubur di tanah perkuburan Islam, Ulu Bernam Selangor. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan anjuran Unit Dakwah (Lembaga & Pembangunan Sahsiah) Kolej Ungku Omar. Program ini bukan sahaja dilibati oleh warga Kolej KUO, tetapi ada rakan kita dari KHAR, KZ dan KAB yang turut serta. 




Tahniah!! Saya berasa terharu, teruja melihat rakan-rakan seperjuanganku yang turut serta mengorbankan masa, tenaga dan penat untuk mengambil inisiatif @ peluang ibadah ini. Program ini bermula sejak awal pagi iaitu pukul 7.45pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Melihat keagungan dan menghirup udara segar kurniaan Allah, sedar tidak sedar perjalanan yang mengambil masa 20 minit untuk sampai dengan sejauh 1.2 km tidak mengundang rasa penat kami. Mungkin niat keikhlasan menutup liang-liang ‘penat’ ini. Tugas yang diberikan dijalanlan dengan penuh tanggungjawab, muslimat membasuh batu nisan, mengaut sampah, cabut rumput. Muslimin pula menebas, mencangkul, mencantas pokok, menyabit dll. Best tak??=) 




Alhamdulillah,


 Turut serta bagi menjayakan program kebajikan ini ialah Nazir kawasan Ulu Bernam dan beberapa orang Ajk masjid n penjaga kubur turut memberi kerjasama yang baik. Sempat juga bergambar kesemua ahli/peserta yang terlibat bersama Ajk masjid. Untuk makluman, gambar bersama akan dimuatkan di dalam aktiviti masjid Ar-Rahman Ulu Bernam untuk dilihat sendiri oleh JAKIM. Sebahagian gambar yang diambil ketika sesi gotong-royong juga akan dimuatkan di dalam warta kampus UPSI. Tahniah kepada semua yang terlibat dan bertuah. 




Walapun begitu, ‘jeles’ juga melihat teman-teman ada yang pening dan di sengat penyengat. Apakah pahala @ ganjaran kamu lebih!! Ini yang membuatkanku jeles!! Apalah sangat tenaga yang diberi Allah, tangan & kaki kurniaan Allah kita melakukan untuk mendapat ganjaran dariNya. Mudah-mudahan program sebegini dapat memberi sedikit keinsafan dalam hati, rasa takut kepada kematian. Kematian itu PASTI!! Kita bertuah tadi kerana dapat 3 perkara utama iaitu ILMU, IMAN & PENGALAMAN. Gunalah pengalaman ini untuk kita renungi kepada saudara kita yang berada di dalam kubur itu. Moga aktiviti sebegini mampu memberi seribu keinsafan dan kerendahan diri. Kaya, miskin, berpangkat & harta itu bukan ukuran. Kita akan dibungkus dengan ‘kain’ yang sama nanti, tanah yang sama nanti, ulat yang sama akan meratah kita nanti, disoal dan dinilai dengan soalan yang sama nanti. Sekian dari sahabatmu Muhammad Fakhrul Islam.
p/s: Sijil akan diberi dan akan dimaklumkan insyaAllah.

Para Peserta Gotong-Royong, Ulu Bernam selangor

No comments:

Post a Comment