
Barisan Fasilitator Jazim Diberi Kepercayaan Mengendalikan Program Belia Melaka Di Perak
Jazim Group bersama rombongan 2 buah bas dan sebuah van bertolak ke Perak kira-kira jam 11.00 malam dan tiba di Terminal Jetty Lumut pada jam 5.00 pagi. Jazim Group bersama rombongan menunaikan solat suboh di Masjid Lumut dan mencuri peluang untuk merehatkan diri dan makan sarapan di Terminal Jetty. Rombongan program ke Pangkor ini juga disertai Pengarah RKSK iaitu Ustaz Johari Bin Yusof dan beberapa pegawai RKSK yang lain.
Seterusnya kami menaiki ferry ke Pulau Pangkor dan mengambil masa selama 30 minit. Setelah tibanya di sana, kami semua menaiki sebuah lagi kenderaan iaitu "Teksi Pink" ke Pangkor Village. Secara totalnya perjalanan mengambil masa selama 10 jam dan ia sangat memenatkan. Setelah tiba di Pangkor Village, para peserta dikumpulkan di dalam dewan berhawa dingin untuk diberikan taklimat. Taklimat program dan penginapan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Jazim iaitu Ustaz Mohd Fadly Bin Samin dan Pengarah RKSK iaitu Ustaz Johari Bin Yusof. Selepas itu, semua peserta dan urusetia diberi masa rehat hingga jam 2 petang sebelum aktiviti pertama dijalankan. Jazim Group juga tidak melepaskan peluang untuk merehatkan diri sebelum menjalankan tugas mengendalikan program ini.
Para Peserta Sedang Beratur Untuk Masuk Ke Dalam Ferry Menuju Ke Pulau Pangkor
Para Peserta Bersiap Sedia Mendengar Taklimat Yang Disampaikan Oleh Ustaz Fadly

Encik Azri & Encik Lokman Mengendalikan Aktiviti Ice-Breaking & Group Binding
Para Peserta Sedang Berbincang Di Dalam LDK Tentang Identity Group Yang Bakal Dibentangkan
Salah Sebuah Kumpulan Membentangkan Identity Kumpulan Seperti Logo, Ahli & Motto Kumpulan
Tepat jam 2.00 petang (selepas makan tengahari), tas pertama Jazim Group adalah mengendalikan aktiviti Ice-Breaking. Aktiviti ini telah diamanahkan kepada Saudara Mohd Azri dan Lokman Hakim Ibrahim. Aktiviti ini telah dijalankan di tepi pantai Pulau Pangkor. Pelbagai aktiviti dijalankan bertujuan mendekatkan diri para peserta dengan fasi dan urusetia, berkenalan antara satu sama lain, membuang sifat ego,sombong dan malu serta memupuk semangat kerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Seterusnya peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan diberikan tugasan untuk mencipta logo kumpulan, motto dan nama kumpulan. Hasilnya perlu dipersembahkan untuk tatapan semua peserta dan urusetia. Hasilnya memang memberangsangkan. Para peserta berjaya menunjukkan bakat, keberanian, kretiviti serta semangat kerjasama yang utuh sehingga mereka mampu mempersembahkan hasil kerja kumpulan yang menarik dan menghiburkan. Ganjarannya, semua peserta diberi peluang selama satu jam pada lewat sebelah petang untuk mandi laut dan bermain di tepi pantai yang begitu indah dan mengasyikkan. Pada sebelah malamnya telah diadakan Slot Muhasabah Diri yang telah dikendalikan oleh Ustaz Fadly. Seperti biasa, Ustaz Fadly menggunakan kepakarannya dan pengalamannya dalam mengendalikan slot ini sehingga para peserta dan urusetia mengalirkan air mata. Rata-rata peserta berasa kesal kerana dalam kehidupan mereka penuh dengan perkara yang negatif, mensia-siakan kehidupan, melakukan dosa dan lebih terharu kebanyakkan daripada peserta mengaku banyak melakukan kesilapan terhadap ibu dan bapa. Dihujung slot ini, Ustaz Fadly menyarankan kepada semua agar bangun melakukan perubahan selagi peluang dan ruang Allah berikan kepada kita. InsyaAllah hidup kita akan diberkati dan akan dipayungi rahmat Allah.
Ustaz Fadly Dengan Gayanya Yang Tersendiri Mengendalikan Slot Muhasabah Diri
Keesokan harinya selepas solat suboh, para peserta dikehendaki turun ke padang untuk menjalani aktiviti senamrobik. Apa yang menarik aktiviti senamrobik ini telah dikendalikan oleh Instructor yang Profesional. Mereka terdiri daripada jurulatih dan instructor senamrobik di Bukit Serindit Melaka. Rata-rata para peserta seronok. Sambil bersenamrobik dan berpoco-poco sambil itu menghirup udara pagi yang segar di tepi pantai. Selepas sarapan, para peserta akan menjalani beberapa slot ceramah di dalam dewan yang berhawa dingin dan akan dikendalikan oleh Jazim Motivation Group. Ceramah pertama telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fakhrul Islam Md Zarin dengan tajuknya "Ibadah Kunci Kecemerlangan Diri" manakala ceramah kedua telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hizudin Asuad Ahmad dengan tajuk ceramahnya "Falsafah Islam Hadhari & Ke Arah Membentuk Generasi 1Malaysia". Para peserta telah menunjukkan disiplin yang baik sepanjang ceramah dijalankan dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap content.
Ustaz Fakhrul Sedang Menyampaikan Ceramahnya Dalam Aktiviti Pengisian Ilmu
Para Peserta Sedang Kusyuk Mendengar Ceramah Yang Telah Disampaikan Oleh Ust Fakhrul & Ust Hizudin
Antara Gelagat Peserta Dalam Aktiviti Senamrobik Yang Diadakan Di Sebelah Pagi
Sebelum acara sebelah petang bermula ( aktiviti kayak & beach game ), satu majlis perasmian telah dilakukan secara tertutup di dalam Dewan dan telah disempurnakan oleh Puan Hjh Zaleha Mohd yang telah diterbangkan dari Beijing China. Puan Hjh Zaleha ini merupakan Penasihat GB4B Kampung Morten merangkap Ketua Wanita UMNO Cawangan dan AJK Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka. Setelah Majlis Perasmian ini berlangsung, aktiviti disambung dengan aktiviti berkayak. Semua peserta diajar dan diberi peluang berkayak. Slot ini telah dikendalikan oleh Saudara Lokman dan dibantu oleh Fasilitator Jazim yang lain. Rata-rata peserta seronok menjalani aktiviti ini walaupun ada sebahagian kecil kayak peserta terbalik akibat daripada teknik pengendalian yang salah. Apapun, setiap peserta telah dibekalkan dengan jaket keselamatan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Acara bersambung dengan aktiviti beach game iaitu perlawanan bola tampar dan bola jaring. Sebelah malamnya pula adalah acara yang dinanti-nantikan iaitu Malam Kebudayaan yang di Hoskan oleh Saudara Azri dan Lokman sambil para peserta, urusetia, fasilitator dan semua AJK Penganjur dihidangkan dengan makanan laut yang dimasak secara BBQ. Memang menyeronokkan ditambah makanan yang sedap dan lazat serta persembahan istimewa dari Pengarah RKSK kita iaitu Ustaz Johari.






Pihak Jazim Motivation Group ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama pihak penganjur utama iaitu Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku Jabatan Ketua Menteri Melaka kerana memberi kepercayaan kepada Jazim Group mengendalikan program ini. Banyak input yang telah dapat dikongsikan bersama dan pihak Jazim juga mendapat banyak input daripada para peserta berkaitan kehendak dan naluri belia era kini. Diharapkan kepada semua peserta dapat mengambil segala ilmu dan pengalaman yang telah diperolehi dalam program ini untuk menjadi belia yang berwibawa, berilmu dan matang menangani pelbagai ujian serta cabaran masakini. InsyaAllah..
BELIA PEMANGKIN KESEJAHTERAAN UMMAH DAN NEGARA
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 !!!
No comments:
Post a Comment