Saturday, September 12, 2009

IFTAR JAMAIE



Salam,pada 12/9 merupakan detik yang sungguh manis bagi diriku. Mana taknya, setelah berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku di smap labu sejak akhir tahun lepas kami telah berkumpul dan berjumpe kembali.Bagaikan ayam bertelor kecoh sekampung, mcm dah 10 tahun tak jumpa.Terasa sangat suasana di smap labu semula.Hampir kesemua ahli batch turun bagi menyambut iftar jama'i bersama rakan-rakan lain.
Semua kerjasama dapat dilihat apabila kami berkemas-kemas tempat setibanya di destinasi, Teluk Kemang, Negeri Sembilan.






Kami menginap selama 2 hari 1 mlm di sebuah tempat sewa yang cantik lokasinya di tepi pantai.Kegembiraan raut wajah rakan-rakan terserlah keserian dengan kegembiraan.Apa tidaknya,perbagai ragam perangai yang mencuit hati pada waktu itu.Rakan-rakan dari UPSI,UKM,UM,UPM,USIM dan Guru Ugama turut mengambil bahagian dalam iftar nie.Memang best,walaupun tidak dapat menjalankan beberapa aktiviti pada jam 1-4pg di tepi pantai di sebabkan keadaan tidak mengizinkan tetapi kami tetap terhibur.





Malamnya kami membuat bbq,ni la saat paling best apabila api tiba membakar seluruh ikan dan ayam.Dengan pantas saya dan rakan-rakan memadamkan api.Kalau tidak,xmakan dan sahurlah kami.





Dari sini,kami dapat rasakan suasana adik-beradik yang sungguh intim .Rasa xnak berpisah pada pagi esoknya,tapi kita merancang dan Allah jua merancang dan perancangan Allah itu tepat,kami akur dan keseronokan bersama walaupun 2 hari 1 malam memang memberi kami kenangan dan mematangkan kami.Berakhirnya pertemuan kami bermula di Seremba 2.Tetapi sebelum tu kami wat pertandingan main boling,ni yang best sekali.Purdah tak purdah,kain tak kain pon baling gak boling.Akak yang jage tu pon pelik.hehe.





Selepas zohor kami berangkat ke tempat belajar kami di IPTA-IPTA di Malaysia ni menaiki van-van dan kereta yang dipandu macam pelesit.Akhirnya kami selamat sampi di tempat yang ditujui, barulah terasa keletihannya.
Tak boleh tidur,terfikir dan terbayang detik-detik keseronokannya.InsyaALLAH jika di panjangkan usia kite semua dapatlah kita berjumpa semula bersama.AMIN.






Bagi rakan-rakan di UPM,IPIS,UIA,KUIN,UDM insyAllah kita akan berjumpa dan diharapkan kepada semua rakan-rakan marilah mengambil bahagian dalam setiap program yang dijalankan kerana ia bertujuan untuk kita semua juga.Apalah sangat wang ringgit jika dibandingkan dengan nilai persahabatan.

No comments:

Post a Comment