Sunday, September 27, 2009

Assalamualaikum

Blog ini adalah khas bagi semua peringkat umur yang memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan agama islam.Segala perbincangan dan perkongsian agama adalah dialu-alukan.Semata-mata kerana Allah.

1 comment:

  1. Kata ustat

    Kita ini semuanya sama

    Tiada beza yang tua mahupun yang muda

    Jangan menyombong atau takbur

    Sesama manusia

    Sekalipun kita berpangkat atau berilmu

    Kerana disisi Allah

    Kita semuanya sama…



    Kata ustat

    Jangan kita hina orang yang lemah

    Yang kurang berada

    Mahupun yang kurang paras rupa

    Tiada beza yang mengerjakan sawah

    Mahupun yang membina perumahan mewah

    Kerana disisi Allah

    Kita semuanya sama…



    Kata ustat lagi

    Jangan kita hina

    Budak kecil yang comot lagi berhingus

    Kerana dia tiada dosa

    Sedangkan kita

    Setiap waktu dan ketika

    Memenuhi hati kita

    Dengan titik-titik noda

    Dalam tidur, dalam jaga…



    Akhirnya ustat berpesan,

    Ingatlah!

    Kita manusia semuanya adalah sama

    Yang membezakan kita

    Hanyalah AMAL dan TAQWA

    Biarlah kita kurang dimata manusia

    Tetapi tinggi disisi ALLAH…



    Peliharalah dirimu

    Agar tidak dinodai dengan suasana

    Sesungguhnya dirimu

    Ada harga diri

    Yang tidak ternilai mahalnya…

    ReplyDelete