Monday, September 28, 2009

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG WE UNITE FOR ISLAM





Laman blog WE UNITE FOR ISLAM (WIFI) ini adalah milik kepunyaan penuh oleh Muhammad Fakhrul Islam Bin Md Zarin. Tujuan utama laman blog ini di wujudkan adalah bertujuan untuk bengkongsi segala maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tatacara islam itu sendiri.Di samping dapat menambahkan ilmu dalam kecetekan agama seterusnya dapat menjalankan metod-metod dakwah.



Saya juga mengharapkan sesuatu yang baru untuk dikongsi dan juga mungkin dapat menggunakan segala ilmu-ilmu yang dikongsikan di dalam ruang ini untuk berkongsi pula dengan rakan-rakan yang lain. Tidak lupa juga saya ucapkan kepada JAZIM MOTIVATION GROUR NEGERI MELAKA yang ditunjangi oleh Ustaz Mohd Fadly B Samin kerana telah memberi ruang dan peluang kepada beliau dalam menggiatkan lagi metod dakwah di dalam masyarakat. Untuk pengetahuan saudara/i saya telah mengambil bahagian dalam beberapa siri slot motivasi di sekitar Sekolah-sekolah Negeri Melaka, Kawasan Jasin, Masjid Selat dan di Puchong, Selangor.







Muhammad Fakhrul menerima pengiktirafan dari Jazim Motivation dan disarungkan peanugerahan baju fasilitator oleh Pegawai Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri



M.Fakhrul juga dilantik sebagai fasilitator dan penceramah muda dalam group motivation ini dan menjadi fasilitator dan penceramah muda harapan bagi tahun 2009. Di samping itu,ada juga program yang dibuat oleh Bahagian Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan saya juga turut mengambil bahagian dalam memberi kuliah dan ceramah agama bagi program yang di jalankan terutama dalam program bersama-sama pelajar yang bemasalah di sekitar Negeri Melaka.




Muhammada Fakhrul Islam sewaktu menerima plak & sijil dari
pihak Jazim motivation Group, Malaysia




Antara kata-kata Muhammad Fakhrul Islam dalam ucapannya apabila ditanya tentang penglibatannya dalam Motivasi ini, " Saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kekuatan kepada saya untuk diberi kepercayaan dalam menyampaikan sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama ini, Jazim Motivation Group adalah satu syarikat yang berjiwa besar dalam melahirkan generasi anak-anak muda yang berkeyakinan dalam mendalami selok-belok agama dan kekuatan diri. Menurut beliau lagi, " generasi muda memainkan peranan yang amat penting dalam menguatkan lagi barisan islam itu sendiri, kita hendaklah mewujudkan suasana yang mana persekitaran itulah yang mengikut islam bukan islam yang mengikut persekitaran itu".




Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya.


No comments:

Post a Comment